Wednesday, January 26, 2011

Wrought Iron Stair Railing

Assalamualaikum..Kali ini kami ingin memaparkan sedikit gambar berkenaan wrought iron stair railing yang baru sahaja siap dipasang semalam. Mengambil masa separuh hari untuk siap dipasang. Kerja-kerja pemasangan perlu dilakukan dengan hati-hati untuk mengelakkan kerosakkan pada permukaan cat wrought iron dan mengelakkan kerosakkan pada struktur rumah pelanggan. Kualiti adalah aspek penting bagi kami.


Permukaan wrought iron dicat dengan sejenis cat khas untuk memberikan kesan kasar pada permukaan wrought iron. Selepas dicat dengan cat warna, hasilnya  dapat dilihat seperti gambar diatas.



Projek ini terbahagi kepada 2 bahagian iaitu kayu dan wrought iron. Gambar-gambar yang kami tunjukkan kepada anda ini merupakan gambar siap untuk bahagian wrought iron sahaja. Ini kerana, tempahan yang diterima daripada pelanggan, meminta kami untuk membuat bahagian wrought iron sahaja dan bahagian kayu akan disiapkan oleh tukang kayu. Kayu akan ditempah khas mengikut kehendak pelanggan dan akan disapu cat kemasan kayu. Seperti yang anda lihat gambar dibawah, tempat anak panah putih menunjukkan tempat kayu akan dipasang pada permukaan flat bar. Kayu dipasang bertujuan sebagai pemegang ketika menaiki atau menuruni tangga. Ia juga membuatkan railing ini bertambah cantik.






Kami memohon maaf kerana gambar yang diambil kurang jelas dan gelap sedikit. Oleh sebab itu anda tidak dapat lihat dengan jelas warna dan corak di permukaan wrought iron tersebut. Sekiranya anda ingin bertanya lebih lanjut tentang projek ini, silalah hubungi kami di nombor telefon yg tertera dibawah.


Jika ada berminat untuk membuat tempahan dengan kami, bolehlah hubungi kami di:
Duan Art Enterprise
Lot 2181 Jln.Kuala Abang,
 Kg Kuala Abang,
23000 Dungun, Terengganu.
Duan - 0199888580
Din - 0199508580

Monday, January 24, 2011

Hasil Kerja Kami

Disini kami sertakan antara hasil-hasil kerja kami untuk tatapan anda semua. Semoga dengan paparan gambar hasil- hasil kerja kami dapat memberikan gambaran yangg jelas kepada anda tentang Duan Art Enterprise.


                                                                                







Apa reaksi anda setelah melihat gambar hasil -hasil kerja Duan Art Enterprise? Sila berikan maklum balas anda. Kami memerlukan maklum balas anda semua untuk memperbaiki kelemahan kami. Terima Kasih diucapkan kepada yang sudi memberikan maklum balas dan juga kepada yg sudi meluangkan masa menjenguk blog kami ini.


 Jika ada berminat untuk membuat tempahan dengan kami, bolehlah hubungi kami di:

Duan Art Enterprise
Lot 2181 Jln.Kuala Abang, Kg Kuala Abang,
23000 Dungun, Terengganu.

Duan - 0199888580
Din - 0199508580




Langkah Pertama Di Alam Cyber

Alhamdulillah..akhirnya tercapai juga impian pihak kami untuk melancarkan blog Duan Art Enterprise. Tujuan utama blog ini diwujudkan adalah untuk memperkembangkan lagi bisness kami. Selain itu, blog ini juga menjadi tempat untuk kami mencatat segala perjalanan pahit dan manis bisness kami.
Kami mengucapkan berbanyak terima kasih atas sokongan anda semua. Kami mengalu-alukan sebarang pandangan atau pendapat supaya kami dapat memperbaiki kelemahan yang ada dan juga untuk terus memajukan lagi bisness kami. Sebarang pertanyaan, boleh la hubungi nombor telefon yang tercatat diruangan hubungi kami. Sekali lagi, kami mengucapkan berbanyak terima kasih atas sokongan anda semua.

Keep in Touch...