Wednesday, January 26, 2011

Wrought Iron Stair Railing

Assalamualaikum..Kali ini kami ingin memaparkan sedikit gambar berkenaan wrought iron stair railing yang baru sahaja siap dipasang semalam. Mengambil masa separuh hari untuk siap dipasang. Kerja-kerja pemasangan perlu dilakukan dengan hati-hati untuk mengelakkan kerosakkan pada permukaan cat wrought iron dan mengelakkan kerosakkan pada struktur rumah pelanggan. Kualiti adalah aspek penting bagi kami.


Permukaan wrought iron dicat dengan sejenis cat khas untuk memberikan kesan kasar pada permukaan wrought iron. Selepas dicat dengan cat warna, hasilnya  dapat dilihat seperti gambar diatas.



Projek ini terbahagi kepada 2 bahagian iaitu kayu dan wrought iron. Gambar-gambar yang kami tunjukkan kepada anda ini merupakan gambar siap untuk bahagian wrought iron sahaja. Ini kerana, tempahan yang diterima daripada pelanggan, meminta kami untuk membuat bahagian wrought iron sahaja dan bahagian kayu akan disiapkan oleh tukang kayu. Kayu akan ditempah khas mengikut kehendak pelanggan dan akan disapu cat kemasan kayu. Seperti yang anda lihat gambar dibawah, tempat anak panah putih menunjukkan tempat kayu akan dipasang pada permukaan flat bar. Kayu dipasang bertujuan sebagai pemegang ketika menaiki atau menuruni tangga. Ia juga membuatkan railing ini bertambah cantik.






Kami memohon maaf kerana gambar yang diambil kurang jelas dan gelap sedikit. Oleh sebab itu anda tidak dapat lihat dengan jelas warna dan corak di permukaan wrought iron tersebut. Sekiranya anda ingin bertanya lebih lanjut tentang projek ini, silalah hubungi kami di nombor telefon yg tertera dibawah.


Jika ada berminat untuk membuat tempahan dengan kami, bolehlah hubungi kami di:
Duan Art Enterprise
Lot 2181 Jln.Kuala Abang,
 Kg Kuala Abang,
23000 Dungun, Terengganu.
Duan - 0199888580
Din - 0199508580